Galeri Tan Sri Abdul Aziz telah dirasmikan pada 22 januari 2016 oleh
Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz Bin Mohd Yusuf mantan pengerusi SPR yang Ke-7.
Lokasinya adalah di Menara SPR, Persint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.
Galeri ini mempamerkan sejarah penubuhan SPR dan perananya dalam melaksanakan pilihan Raya di Malaysia
dan evolusi proses pilihan raya dari sebelum merdeka sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13.
Dengan wujudnya galeri ini, ia diharapkan dapat meningkatkan lagi imej SPR
melalui pameran sejarah demokrasi dan pengurusan pilihan raya di Malaysia serta mendidik dan meningkatkan
kesedaran di kalangan semua lapisan masyarakat umum tentang peranan setiap warganegara dalam amalan demokrasi melalui pilihan raya.
Sempena 50 tahun sambutan Jubli Emas SPR 1957-2007, satu pameran bergerak bertajuk "50 tahun Demokrasi dan Pilihan Raya di Malaysia"
telah diadakan di Galeri 2, Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2007 hingga 6 Januari 2008.
Pameran yang julung-julung kalinya yang diadakan oleh SPR ini telah dirasmikan oleh Pengerusi SPR yang ke-6 iaitu
Y.Bhg Tan Sri Dato' Hj. Ab. Rashid bin Ab. Rahman. Setelah itu pameran yang sama juga telah diadakan di
balai Sheikh Al-Hadi, Bastion House di Muzium Dunia Melayu Dunia Islam, Melaka dari 16 Februari 2008 hingga 27 Julai 2008.
Pameran tersebut telah dirasmikan oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Hj. Mohd Khalil Bin Yaakob.
OBJEKTIF
Menjalankan aktiviti permuziuman seperti menyelidik,
menghimpun, merekod segala bahan dan artifak men genai proses pengurusan pilihan
raya di Malaysia bermula dari seawal tahun 1959.
Untuk memberi ilmu pengetahuan dan kefahaman
kepada masyarakat umum terhadap perkembangan sejarah pilihan raya di Malaysia.
Menjadikan salah satu tempat rujukan dan lawatan kepada orang awam.
KANDUNGAN GALERI MUZIUM MINI SPR
Di dalam galeri ini dapat dipersembahkan dengan
penerangan ringkas kepada umum mengenai sejarah penubuhan dan fungsi Suruhanjaya
Pilihan Raya Malaysia (SPR), Kronologi Sejarah Demokrasi Pilihan Raya di Malaysia
serta evolusi dalam pengurusan Pilihan Raya Umum yang pertama sehingga terkini iaitu
Pilihan Raya Umum ke-12. Tayangan filem-filem Dokumentari Pilihan Raya yang pertama
kali diadakan di malaya pada tahun 1959 dan lagu-lagu Pilihan Raya dapat dipertontonkan
kepada umum bagi mendapatkan kefahaman yang mendalam tentang revolusi dalam Pilihan
Raya di Malaysia.
PROGRAM PENDIDIKAN MUZIUM MINI SPR
Khidmat penerangan dan lawatan berpandu.
Tayangan Audio Video filem-filem dokumentari koleksi SPR.
ALAMAT
Suruhanjaya Pilihan Raya
Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Tel: 03-8892 7341 / 7020
03-8892 7197 (Galeri Tan Sri Abdul Aziz)
Faks: 03 8892 7001
WAKTU LAWATAN
Dibuka pada hari bekerja dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
(Tutup pada Hari Sabtu dan Ahad)
Masuk adalah Percuma
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
Bil.
|
Nama Pegawai
|
E-mail
|
1.
|
Pembantu Muzium/S19
Encik Mohd Anas Bin Abdul Rahman
|
|
|