Pusat Sumber SPR yang berkembar dengan Muzium Mini SPR yang telah dinaiktaraf dengan ciri-ciri baru terkini di Aras 1, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62690 Putrajaya telah mula beroperasi pada bulan Mei 2008. Perpustakaan SPR telah mula beroperasi di Aras 3, Menara SPR No. 2 Jalan P2T, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, pada bulan Mac 2015.


PENGAUTOMASIAN

Sejarah pengautomasian Pusat Sumber SPR bermula pada tahun 2005 iaitu dengan menggunakan Sistem Perpustakaan WinIsis. Sesuai dengan era perkembangan teknologi terkini, pada bulan Ogos 2008 Pusat Sumber SPR telah beralih kepada penggunaan Sistem Perpustakaan Digital Bersepadu yang berlandaskan web sepenuhnya iaitu V-LIB Digital Library Management System (VLIB) .


Pengguna boleh mengakses bahan-bahan di Pusat Sumber SPR secara atas talian melalui OPAC (Online Public Access Catalogue). Melalui sistem ini pengguna Pusat Sumber boleh menyemak rekod-rekod pinjaman/denda semasa, akses kepada teks penuh artikel daripada keratan akhbar dan juga bahan media seperti video dan audio.


KOLEKSI
Koleksi Pusat Sumber

Koleksi Pusat Sumber SPR ialah bahan-bahan seperti buku , bahan terbitan bersiri, sumber media dan bahan terbitan SPR. Koleksi-koleksi ini dibahagikan kepada beberapa bahagian :



  • Koleksi Am/Umum
  • Buku-buku yang diletakkan di rak terbuka dan BOLEH DIPINJAM oleh pengguna selama tempoh yang ditetapkan.

    Suratkhabar

    Majalah

  • Koleksi Rujukan
  • Kamus, Ensiklopedia, Buku Panduan dan buku-buku yang mempunyai bilangan koleksi yang terhad, ianya dibenarkan untuk rujukan di perpustakaan sahaja.

  • Koleksi Terhad
  • Laporan Pemerhati.

    Minit Mesyuarat

  • Koleksi Terbitan Bersiri
  • Koleksi ini terdiri daripada jurnal, buletin dan majalah. Bahan-bahan ini untuk bacaan di dalam Pusat Sumber dan tidak boleh dibawa keluar.

  • Koleksi Keratan Akhbar
  • Koleksi keratan Akhbar yang dipakejkan mengikut tajuk perkara dan tajuk akhbar.

  • Koleksi Surat Khabar
  • Pusat Sumber menyediakan beberapa suratkhabar harian nasional untuk bacaan umum seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, Metro, Kosmo, Sinar,The Star, The Sun, The New Straits Times dan lain-lain.

  • Terbitan SPR
  • Bahan yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia seperti :

    • Buku – buku Panduan Pilihan Raya
    • Berita SPR
    • Laporan Tahunan dan sebagainya.
  • Koleksi Sumber Media
  • Cakera padat (CD) yang mengandungi maklumat Daftar Pemilih SPR

    VCD - DVD sumbagan dari organisasi luar



PERKHIDMATAN

Perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Sumber SPR adalah seperti berikut:

  • Pinjaman
  • Rujukan
  • Perujukan
  • Pinjaman Antara Perpustakaan (Inter Library Loan)

Kemudahan di Pusat Sumber:

  • Loker meletak beg dan barangan pengguna Pusat Sumber
  • Internet
  • Ruang bacaan
  • Perkhidmatan pengimbas(Scan)


KEAHLIAN

Semua warga SPR yang telah mendaftar menjadi ahli Pusat Sumber SPR layak meminjam bahan kecuali bahan yang di kategorikan sebagai Rujukan, Terhad dan Koleksi Khas SPR.


Ahli yang berdaftar diminta menunjukkan Kad Ahli kepada kakitangan bertugas, setiap kali mereka ingin meminjam bahan atau menggunakan kemudahan yang disediakan.


Pengguna yang bukan warga SPR hanya dibenarkan membuat rujukan sahaja.


Bagi penyelidik daripada luar, mereka perlulah mendapatkan kebenaran dari Pihak Pengurusan SPR untuk membuat kajian dengan mengemukakan surat dari organisasi/kementerian/institusi yang menaungi kajian.


Keistimewaan menjadi ahli Pusat Sumber ialah :

  • Dapat mengakses kepada teks penuh artikel
  • Dapat menonton video secara online
  • Dapat mendengar audio secara online
  • Membuat tempahan buku online
  • Menyemak rekod pinjaman dan pemulangan bahan Pusat Sumber


PERATURAN PUSAT SUMBER

Semua pengguna termasuk ahli Pusat Sumber adalah tertakluk kepada Peraturan Pusat Sumber SPR.



PINJAMAN

Pinjaman boleh dibuat melalui beberapa cara, antaranya :

  • Datang sendiri ke Pusat Sumber
  • Tempahan bahan melalui emel/telefon
  • Tempahan melalui atas talian (online reservation) yang boleh dilakukan melalui Sistem Perpustakaan VLIB.


WAKTU PERKHIDMATAN
  • Isnin-Khamis
  • 8.30 pagi-5.00 petang
  • Jumaat
  • 8.30 pagi-12.15 tengah hari
    2.45 petang-5.00 petang
  • Hari Kelepasan Am dan Cuti
  • TUTUP


Perpustakaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

No.2, Jalan P2T, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 PUTRAJAYA


Tel: 03-8892 7341 / 7020 Faks: 03 8892 7001 Email: pusatsumber@spr.gov.my


KAKITANGAN PUSAT SUMBER
  • Pembantu Pustakawan Kanan/S22
  • Nor Aziah Binti Md Kassim
  • Email: aziah@spr.gov.my
  • Pembantu Pustakawan /S19
  • Cik Adeline Alvina anak Nokiat
  • Email: adeline@spr.gov.my